A few weeks or maybe months before, I admit I was kinda lost especially in adjusting myself in the new world I have now. Which is... a mother's life.
Nak adjust jadi wife tu quite easy since me and husband quite easy to get along. Cuma bila dah ada anak tu I rasa my life turned 360 degrees kot rasanya. Lol. Dari seorang yang ambitious, kerja kuat, selalu out and about.. I kena jadi orang yang tak ada ambition (pada mulanya), duduk rumah 24/7, dan memang financially dependent dekat suami.
Wallahi rasa sangat tough pada awalnya. Tapi lepas lama2 i cuba cari balik positive vibes tu, alhamdulilah i found it! Thanks to AA yang banyak buat video positive walaupun I miss her so much since dah lama gila AA tak update vlog, ig or anything. Okay now back to the story..
Selepas journey to find back my "happiness", i rasa I dah berjaya reroute semula apa itu happiness dalam hidup i. Kalau dulu happiness i more to self centered dan kejayaan luaran, now benda² kecil tapi besar di mata Allah lah kejayaan dan happines yang sebenarnya. Dulu i rasa sense of achievement hanyalah bila belajar tinggi, gaji tinggi. Tapi nope. It's totally not just that.
Happiness i sekarang is to get to raise my own boy. I suka kiss dia, hug dia all the time tanpa perlu rasa rindu atau risau berjauhan dengan dia. Itu pun kadang2 dia tidur i dah rindu, lol. Azam i ialah nak jadi best version of me menjadi seorang isteri & ibu..
Bila Yasa sakit hari tu, nak dekat seminggu lebih jugak. I rasa sangat bersalah. Sebab a night before Yasa almost nak kena admitted dekat hospital, I ada "marah" dia sebab dia tak nak tolerate bila kami keluar jalan². I cakap lebih kurang macam ni
"Yasa.. mummy pun nak ada life jugak. Please lah tolerate dan bagi kerjasama dengan mumy. Bagi mumy keluar dan berjalan jugak".
But little did I know. Bukan lah yasa sengaja nak bad mood at that day, rupa²nya dia tak sihat. Poop berdarah lagi tu! Serius kot. Masa dia sakit keesokan harinya tu, I menangis teruk2 sebab risau dia kena warded, atau worst Allah marah dekat I dan nak "ambil" anak I balik, dan macam2 lah. I cried and i said sorry to Yasa. Wallahi, from that moment i sangat² fobia. Sekarang kalau Yasa bad mood sekali pun, I akan cuba memahami punca dan kalau dah dia tak nak senyum, tak nak orang lain dukung dia, I tak akan force him anymore or compare him to anyone else. My baby is my baby. My Yasa has his own personality and I love him just the way he is.
So melalut panjang2 ni i cuma nak cakap.. the key to happiness sekarang ni yang I tahu dan baru belajar ialah SYUKUR dan REDHA. Syukur dengan apa yang ada.. fokus pada kelebihan dan bukan kekurangan kita. Kalau tengok kekurangan dan compare je sampai nafas terakhir pun kita boleh rasa tak pernah cukup. Dan redha ialah bila kita ada apa2 ujian, kita terima dan berlapang dada.. inshallah, dua ni i rasa dah buat life i 2, 3 hari ni lebih tenang dan stabil.
Semoga i boleh terus istiqamah. I sangat2 rindu AA sebanarnya. Dari video dia lah yang Allah tunjukkan dua key of happiness ni. Di mana² pun AA berada, semoga Allah jaga AA, sayang AA dan keluarga dan semoga mereka baik2 saja. Amin ya rabb..
Comments
Post a Comment