It's the new year 2021. Btw, today's date cantik jugak kan? 21/01/2021. Sure ada orang yang decide to get married on today's date, hehe. So far, tak ada banyak benda yang berubah. We are still the same. Actually, we are back to the start. Sadly, we have to undergo PKP 2.0 which I hope soon will be over.
Some say that this whole thing is a hoax. Entahlah. I pun tak nak cakap lebih2. Just I hope and pray to Allah that this all will end soon. Doa I is that we will always be in Allah's protection, kita boleh solat, pergi dengar kuliah, pergi solat terawih, solat raya and so on macam dulu2. I miss to go to the masjid. Apatah lagi sekarang dah ada suami, memang selalu teringin nak pegi dengan dia. Pernah pergi pun sebelum kawin dulu, after kawin masih tak dapat because of this covid.
Thus, I dengan rendah hatinya ingin memohon to Allah. That not only me, but the whole nation, the whole world is waiting for a miracle from Allah. I know, that kuasa Rabb ku sangatlah Maha Besar dan Maha Agung. Dan semoga dengan kuasa Nya we can have all these back. Kadang2 rasa menyesal tak kerap pergi ke masjid dulu. Kerap pergi ke kuliah2 dulu. Bukan apa, dulu I am single with no one to bring me there. But it's okay, dengan izin Allah, moga kita semua dapat kembali ke masjid which I sangat2 lah rindu.
Next miracle yang i harap kan ialah zuriat. Sebab kan i nak baby lah, i baru belajar term ttc which is the term for trying to conceive. Kadang2, orang sekeliling i tak ramai yang ttc, mereka mudah je dapat baby. Tapi as for me and my husband, we have tried for a few months dah now. Almost 6 months. So far belum ada rezeki lagi. My husband and I, we love kids. I believe my husband can be a good father and I am confident with my self too sebab I dah selalu sangat jaga anak2 buah, dia pun sama jugak. Again, I am waiting and praying for a miracle to come. For my baby yang ada di dalam alam roh supaya datang dan duduk di rahim mummy ni. Tapi kalau ikut kan dulu2, I akan sedih teruk, lose hopes and so on. Now i rasa I makin tenang walaupun bila buat HCG test masih belum ada two lines.
Perasaan dia dah cuba berkali2 masih tak menjadi2? Sedih of course. Tertanya2 pun ada kadang2. "Dear God, kenapa orang lain senang conceive? I tak nak ramai pun, seorang pun jadi lah". Kadang2 sampai that desperate, hihi. Tapi, seperti yang orang dalam fb tu mentioned dalam confession dia. Org yang ttc ni x lah stress atau urgent sangat kadang2 nak mengandung. Just, bila orang sekeliling tu bagi tekanan, that makes us feel pressured. Ada sorang akak tu lagi lah, mesej I semata2 nak tanya mengandung ke dah? Lepastu siap advice "Try harder". Lol. Macam2 kan perangai manusia ni? Mungkin dia ingat yang rezeki, jodoh, ajal maut ni di tangan manusia mungkin. Tapi nevermind, I am glad I dah now jauh dengan orang2 toxic ni. My circle is a good one now alhamdulilah.
Looking at the bright side. Wallahi. I feel like I am the happiest woman/wife alive. My husband treats me nicely, spoil me, make me happy and everyday feels like a honeymoon to us. Maksud i ialah tiap hari penuh dengan gelak tawa, manja2, gurau2 dan tak pernah sikit pun i feel that his love, attention and kindness towards me berkurang alhamdulilah. He is still the same husband sebelum dan selepas kawin. Layanan baik dan
cintanya masih sama. Mungkin, Allah nak bagi kami peluang untuk betul2 spend time together apatah lagi kami dua2 jenis clingy couple.
Pernah i terdetik dulu sebelum kawin. Biarlah I tanggung dugaan kawin ni benda yang bukan dugaan suami. Suami curang, suami suka pukul atau maki. Suami yang tak bertanggungjawab dan sebagainya. Kalau kena dugaan macam ni I tahu I xkuat. Dan alhamdulilah, I didn't have to go through all these hopefully sampai bila2. Tapi dugaan kami buat masa sekarang ialah Allah nak tengok sabar atau tidak kami menunggu hadiah agung iaitu zuriat. I really wanted to conceive my husband's child. I want to raise him/her well.
Terima kasih Allah sebab sentiasa beri kami suami isteri rezeki yang tak pernah putus2. Sentiasa cukup dan harapnya berkat. Sentiasa ikat hati kami dan buat kami mencintai dengan cinta yang sama saban hari. Sentiasa beri kami petunjuk dan kasih sayang di kala kami kesusahan. Semoga apa yang kami mintak, iaitu zuriat. Semoga Kau dengar dan perkenankan. Kami berjanji inshallah kami akan cuba beri yang terbaik untuk anak2 kami nanti ya Allah. Segala urusan kami, kami serahkan kepada Mu. Ya Rabb ku. Amin.
Love, FNMIH
![]() |
| Husband and anak buah kami yang manja dan kiut, hehe |

Comments
Post a Comment